Asma’ul Husna adalah HANYA MILIK ALLAH yang ketinggiannya sama sekali tidak mampu disamakan dengan sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu wujud kerana fitrah manusia yang berasa senang untuk dekat dengan sifat-sifat Allah.
Kita telah diajar sejak kecil untuk mengenal Allah SWT melalui nama-nama atau sifat-sifat Allah yang dikenali sebagai Asma’ul Husna iaitu 99 Sifat-sifat Allah SWT. Jika kita renungkan satu persatu sifat-sifat itu, kita sentiasa ingin rasa dekat dengan sifat-sifat itu.
Di dalam diri kita telah diberikan Allah rasa ingin dekat dengan sifat-sifat diriNya yang tertentu dan sesuai sekadar untuk hambaNya.
Kemurkaan Allah kepada Iblis apabila enggan tunduk kepada manusia adalah kerana Iblis tidak mahu mengakui sifat-sifat Allah yang telah Allah tanamkan ke dalam jiwa manusia rasa sifat-sifat Allah.
Kita semua memiliki rasa untuk mendekati sifat-sifat Allah (sifat-sifat tertentu) cukup dengan tahap kita sebagai hambaNya kerana sifat-sifat yang kita ada pasti tidak mampu menjangkaui tahap yang Allah miliki kerana Allah Maha dalam semua sifat-sifatNya. Allah mempunyai sifat mutlak dalam semua sifat yang dimilikiNya.
…Dan juga dalam dirimu sendiri, apakah kamu tidak memperhatikan? (Quran: Adz-Dzariyaat 51:2)
Di manusia, sifat-sifat ini letak dihati atau jiwa yang dikenal sebagai spritual. Kita menyukai sesuatu adalah kerana sifat bukan kerana jasad sesuatu itu. Sifat-sifat ini wujud pada setiap manusia.
Kalau kita fikirkan, mengapa kita begitu tenang apabila kita memperolehi sifat-sifat seperti kasih sayang, tenang, tenteram dan sebagainya. Mengapa kita sentiasa inginkan perasaan damai itu? Mengapa kita terasa tersentuh sehingga mampu menangis dan sayu apabila kita terasa sifat-sifat itu? Mengapa kita menganggumi seseorang yang mempunyai sifat-sifat itu?
SIAPAKAH YANG MENGAJAR KITA, BEGINI DAN BEGITU RASAYA JIKA MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT ITU?
Apabila kita menganggumi seseorang, kita tidak menganggumi pada jasad orang itu. Kita menganggumi sifat-sifat yang ada pada diri orang itu. Apabila seseorang membuat kita sakit hati pasti kita tidak suka dengan sifatnya. Seseorang yang diketahui tidak jujur, pasti kita tidak menyukainya.
Dari mana sifat-sifat ini berasal? Apa jua jawapan saudara, yang pasti semua sifat-sifat ini sudah pasti ada Tuan Yang Memilikinya dan sentiasa memelihara semua sifat-sifat ini. Sifat-sifat ini telah wujud sejak manusia dijadikan. Ia merupakan satu tiupan Ilahi ke dalam Roh kita semasa kita berjanji dengan Allah sebelum Roh memasuki jasad.
Dan kita manusia sentiasa ingin rasa dekat dengan sifat-sifat ini.
Allah menjadikan manusia dan menanamkan rasa ke dalam jiwa manusia ini agar sentiasa ingin dekat dengan sifat-sifat ini. Apabila manusia dapat merasakannya, pasti manusia akan merasa kenikmatan kehidupan yang sebenar. Inilah kenikmatan berada dekat dengan Allah. Kebahagiaan, kedamaian, ketenangan dan sebagainya apabila jiwa dan hati ini berada sangat dekat dengan Allah.
Manusia sering mencari kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan. Siapakah yang mempunyai sifat-sifat ini? Allah yang mempunyai sifat-sifat ini secara mutlak.
SEDAR ATAU TIDAK KITA SEMUA SEBENARNYA MENCARI ALLAH SETIAP HARI. MESTI PUN MANUSIA TIDAK MENGAKU ADANYA ALLAH NAMUN DIA TETAP MENCARI SIFAT-SIFAT ALLAH. WALAUPUN MANUSIA MELAKUKAN KEJAHATAN, TETAPI JAUH DI DALAM HATI TETAP ADA KEINGINAN KE ARAH KEBAIKAN.
Fenomena ini sebenarnya menunjukkan bahawa manusia ini telah ditanam dengan rasa inginkan sifat-sifat ini. Fenomena ini dikenali sebagai suara hati, suara jiwa atau suara spritual. Tidak kira muslim atau kafir, manusia tetap ingin rasa dekat dengan sifat Allah.
Inilah bukti bahawa Allah adalah pemilik diri kita. Apabila kita senang dengan sifat-sifat ketenangan, kebahagiaan, kemuliaan, keagungan, kebijaksanaan dan sebagainya sudah pasti diri kita dijadikan oleh Allah yang mempunyai sifat-sifat itu.
Seperti contoh, jika kita suka warna biru, pastinya kita akan menghiasi rumah kita dengan warna biru, warna kesukaan kita. Kita inginkan semua persekitaran kita sama dengan apa yang kita rasa, kita inginkan.
Saudara,
Walaupun manusia itu angkuh, ego, sombong, rasa diri hebat, rasa diri perkara, rasa besar diri dan sebagainya, dia tetap mencari sifat-sifat Allah.
BEZANYA KINI ADALAH SAMADA KITA MENYEDARINYA ATAU TIDAK. Jika kita menyedarinya, pasti kita tunduk dan patuh pada Allah. Pasti kita rasa bahawa diri ini hanyalah sebutir debu-debu berterbangan di alam Allah yang maha luas ini.
Saudara,
Dekatkanlah diri dengan Allah. Tekadkan hati dan jiwa ini dengan bulat dan kuat untuk dekat dengan Allah.
Rasakan getaran yang semakin kuat apabila kita semakin dekat dengan Allah. KOMUNIKASILAH SENTIASA DENGAN ALLAH. SENTIASA INGAT DAN SEBUT NAMA ALLAH.
Bacalah, Dengarlah Asma Ul' Husna dikala anda terasa kehilangan, kekosongan, kesedihan, kerinduan etc.. Sesungguhnya, Asma Ul' Husna (nama-nama Allah) sebenarnya adalah suatu yang melengkapkan jiwa manusia kerana fitrah jiwa manusia itu, sebenarnya..sedalamnya, sentiasa mencintai/merindui Penciptanya, yakni pemilik cinta dan diri ini - yang Awal & yang Akhir..
A proof that Asma Ul' Husna (the 99 beautiful names of Allah) has always been part of us since the beginning of time: (erm, sorry for the chubby-yet-cute palm :P)
*this proof was shown to me by an Ustaz in one of Surau An-Nur's Kuliah Maghrib.
Listen to Asma' Ul Husna.
:)
Ya Habibi... it's almost 7 pm! - and i have a date to attend! ;)
bye & Assalamualaikum, readers!
No comments:
Post a Comment