(khutbah ke-2)
Sidang Jamaah,
Setelah berakhirnya Ramadhan, pertahankanlah kejayaan perubahan diri yang telah dicapai.
Masjid jangan dibiar sepi. Solat-solat yang wajib lebih utama untuk dijamaahkan berbanding Tarawih. Puasa 6 hari di bulan Syawwal dan puasa-puasa sunat yang lain jangan dilupakan.
Anak-anak yatim jangan dibiarkan yatim 11 bulan.
Amal ibadah dan kebajikan mesti diteruskan.
Sesungguhnya, usia mati kita lebih lama daripada usia hidup. Bekerjalah semasa hidup untuk membolehkan kita berehat semasa mati. Janganlah banyak berehat semasa hidup hingga menyebabkan kita dikerjakan selama mati!
Daripada Abi ‘Umar (ada yang memanggilnya Abi ‘Amrah) bin ‘Abdillah radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata: Aku berkata, “Wahai Utusan Allah, katakanlah buatku berkenaan Islam perkataan yang aku tidak lagi perlu bertanya kepada sesiapa selainmu.” Kata Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, “KATAKANLAH AKU BERIMAN DENGAN ALLAH DAN KEMUDIAN BERISTIQAMAHLAH KAMU” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim]
*bukankah kematian itu, mendekatkan kita kepada cinta sejati dan abadi? InsyaAllah.. :)
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga MuNamun tak pula aku sanggup ke neraka MuAmpunkan dosa ku terimalah taubat kuSesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besarIla hilas tu lilfirdausi ahlaWala aqwa alnnaril jahimFahabblitau batau wafir zunubiFainnakarob firul zanbi azimDosa-dosaku bagaikan pepasir di pantaiDengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan kuWahai Tuhan selamatkan kami iniDari segala kejahatan dan kecelakaanKami takut kami harap kepada MuSuburkanlah cinta kami kepada MuAkulah hamba yang mengharap belas dari Mu ....
~ Raihan's I'tiraf.
No comments:
Post a Comment