* I find her story of Mahabbatullah is just too great, interesting, inspiring & enchanting, promise will dig about other Islam famous figures in my future entries ;) Though i'll never reach her level of Mahabbatullah myself, :P but i truly admire her love for Allah!. Dear readers, please don't get bored with my long entries. haha..and please read to the bottom, yaa ;)
Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran
Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi,bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”
Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari. Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernahdiluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin! Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”
Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:
“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan.Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”
Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupanmanusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titahperintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal.
Ya Allah...bantulah aku agar sentiasa mengingatinmu..Dekatkanlah aku kepada apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-Mu..dan jauhkanlah aku dari segala apa-apa yang boleh menjauhkan aku daripada kasih sayang dan rahmat-Mu..Amin
Source: http://faridatul-iman.blogspot.com/2008/10/rabiah-binti-ismail-al-adawiyah.html
* According to a study by Che Zarrina Sa’ari, PhD, Profesor Madya di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya:
Ada pendapat yang mengatakan Rabi`ah selepas dibebaskan berkecimpung dalam bidang muzik sebagai peniup seruling, tetapi kemudiannya beliau bertaubat dan beruzlah serta melakukan amal ibadat semata-mata. Badawi telah menerima pandangan ini serta membuat andaian-andaian sendiri tentang kehidupan Rabi’ah pada masa tersebut. Rabi`ah dikatakan tertarik kepada kehidupan dunia sehingga leka sebagai penyanyi dan terjerumus ke lembah shahwat, tetapi akhirnya bertaubat yang mana taubat ini sebagai bukti keterlanjuran beliau. (‘Abd al-Rahman Badawi (1978), op. cit., h. 20-21). Namun Surur menolak pandangan tersebut dengan alasan bahawa berasaskan hakikat sejarah hidupnya sejak dari kecil lagi, Rabi`ah telah menunjukkan kewarakannya luar biasa, menyerahkan seluruh hidupnya kepada Allah Ta’ala, tidak pernah mengangkat mukanya ke langit kerana malu kepada Allah, tenggelam dalam sembahyang sepanjang malam dan berpuasa disiang hari serta sabar dalam menanggung kesusahan dan penderitaan semata-mata mengharapkan keredaan Allah. Oleh itu adalah tidak munasabah Rabi`ah boleh melupakan nikmat Allah dengan mensia-siakan kebebasan yang diberikan Allah dengan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah.
Source: Che Zarrina Sa'ari, . (2007) Tokoh Sufi Wanita Rabi`ah al-`Adawiyyah: Motivator Ke Arah Hidup Lebih Bermakna. Jurnal Usuluddin, 25 . pp. 29-43. ISSN 1394-3923 (A journal found at: http://myais.fsktm.um.edu.my/7096/)
* i say : and, about the claims that Rabiah once “slipped” from the straight path, my opinion would be : Rabiah is not Ma’sum (terpelihara dari dosa seperti nabi-nabi),anyway.. But, whatever the truth is, Wallahua’lam..
:)
No comments:
Post a Comment