Ibadah Iktikaf di masjid, merupakan satu ibadah yang agak kurang diberi perhatian di kalangan umat Islam di Malaysia. Untuk tidak menambah kepanjangan entry ini, ingin saya mengenengahkan beberapa perkara tentang iktikaf di masjid.
The purpose of this entry is for knowledge sharing, while I myself am learning about “iktikaf”.
Note: Contents of this entry are mainly a compilation of articles found on the internet; I appreciate any comments/corrections as this is my first time of really digging deeper into this subject.
Apakah Ibadah Iktikaf?
Diam (berhenti) dalam masjid dengan niat dan cara yang tertentu khususnya beribadah terutama pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Manakala jika seseorang itu duduk sahaja di dalam masjid, tanpa berniat iktikaf, maka perbuatan tersebut tidaklah dikira iktikaf. Note: Iktikaf memerlukan niat.
Faedah Beriktikaf..
- عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ... وَمَنْ اعْتَكَفَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ جَعَلَ اللهُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ ثَلاَثَ خَنَادِقَ . كُلُّ خَنْدَقِ أَبْعَدُ مِمَّا بَيْنَ الْخَافِقَيْنِ.
Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas R.A daripada Nabi SAW ia bersabda : ... Dan barangsiapa yang beriktikaf satu hari kerana menuntut keredhaan Allah, nescaya Allah jadikan di antaranya dan di antara api neraka (berjauhan) tiga buah parit, di mana jarak di antara tiap-tiap satu parit lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin. (Dikeluarkan oleh At-Tabrani dan Al-Hakim, ia berkata : Sohih Al-Isnad (At-targhib wa At-tarhib 2/149 - 150),
- Tujuan iktikaf ini ialah untuk membersihkan hati dengan mengingati Allah dan taqarrub (berdamping) dengan Allah Yang Maha Pencipta dengan hati yang ikhlas. Allah amat menyukai hamba-hamba-Nya yang sentiasa berusaha bertaqarrub kepada-Nya.
- Apabila seseorang itu beriktikaf dengan tulus ikhlas kerana Allah Subhanahu Wataala dengan niat bagi mendapatkan ketenangan, insya-Allah Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ketenangan jiwa untuk menghadapi hidup ini. Ia Mendatangkan ketenangan kepada fikiran dan jiwa dari bermacam-macam kesibukan dan boleh merehatkan seluruh anggota badan dari kepenatan dan keletihan.
- Dari segi rohani: Ia akan mendorong kita supaya memikirkan kelemahan diri dan merenung tanda-tanda kebesaran Allah SWT kerana dengan jalan demikian akan mendekatkan kita lagi kepada Allah SWT
- dan pelbagai lagi, yang mungkin terlepas pandang oleh saya..
Rukun iktikaf
Rukun iktikaf ada empat perkara :
1. Berdiam diri di dalam masjid, sekurang-kurangnya sekadar tamakninah di dalam rukuk, dan tidak keluar darinya kecuali ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak.
2. Niat pada permulaan iktikaf atau pada pembaharuannya semula, seperti : "Sengaja aku iktikaf sepuluh akhir Ramadhan kerana Allah". (untuk iktikaf 10 terakhir ramadhan..)
3. Orang yang beriktikaf, syaratnya ialah : Islam, berakal, bersih dari haid, nifas dan junub, serta mendapat keizinan suaminya (sekiranya ia adalah seorang isteri) dan tidak (bagi perempuan) di dalam 'idah. (Al-Umm li As-Syafi'e 1/108, As-Sunan Al-Kubra li Al-Baihaqi 4/323)
4. Tempat iktikaf, iaitu masjid.
Cara Beriktikaf..
- Perkara yang sunat dilakukan ialah berqiamullail iaitu membanyakkan ibadah sunat seperti solat tahajud, hajat, taubat, tasbih, mutlak yang diakhiri dengan solat sunat witir.
- Selain itu, membaca al-Quran kerana Rasulullah pernah bersabda, membaca al-Quran adalah ibadah sunat yang paling afdal. Bersabda Rasulullah s.a.w., “Barang siapa membaca satu huruf kitab Allah, memperoleh satu kebajikan. Saya tidak mengatakan Alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (riwayat al-Tirmizi)
- Kita juga boleh bertasbih, bertahmid, beristighfar, berselawat dan berdoa.
- Boleh juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab-kitab agama, sirah nabi dan sebagainya.
- Bagaimanapun, kita boleh juga membaca buku-buku akademik contohnya berkaitan sains dan teknologi. Yang penting ia memberi manfaat kepada diri dan masyarakat. Membaca buku-buku begini pun turut diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t.
Waktu untuk Beriktikaf
Meskipun iktikaf dapat dilakukan pada bila-bila masa sahaja, dan dalam waktu beberapa lama – bahkan pada pandangan Imam Syafie, walau sesaat selagi disertai niat yang suci – namun Nabi s.a.w sering melakukannya pada sepuluh hari dan malam terakhir bulan puasa. Di sinilah baginda bertadarus, merenung diri sambil berdoa.
Tempat Beriktikaf
Disepakti oleh para Ulama bahawa tempat yang paling elok beriktikaf di 3 masjid utama Islam ( masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa, di tangga seterusnya dari sudut keutamaan adalah mana-mana masjid yang didirikan solat jumaat. Imam Ibn Quddamah menyebut, ini adalah kerana berjemaah di dalamnya juga adalah lebih pahalanya. Demikian juga menurut Imam As-Syafie. Manakala berikutnya adalah semua masjid walaupun tidak didirikan Jumaat.
Bagaimanapun, kebanyakan ulama hanya mengiktiraf masjid yang didirikan solat jumaat sahaja untuk dijadikan tempat beriktikaf. Demikian juga yang disebut oleh Prof Dr. Syeikh Husam, prof Shariah dari Palestin.
Tempat Iktikaf Bagi Wanita
Menurut Mazhab Hanafi, wanita harus beriktikaf di mana-mana masjid termasuk masjid di rumahnya, iaitu tempat yang disediakan khusus untuk dia bersolat di situ.
Menurut Mazhab Syafi’e dan Hanbali, wanita harus beriktikaf di masjid yang tidak didirikan solat jamaah dan Jumaat padanya kerana kedua-dua solat tersebut (jamaah dan Jumaat) tidak dituntut dan tidak diwajibkan ke atas mereka. Namun tidak harus bagi mereka iktikaf di masjid rumahnya kerana iktikaf adalah satu ibadah khusus yang dilakukan di dalam masjid sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah di atas.
Dan apabila wanita beriktikaf di masjid, adalah perlu untuknya menggunakan tirai yang lebih sebagai mengikuti cara isteri-isteri Nabi SAW dan menutup aurat mereka dengan lebih berkesan.
Pahala ber’itikaf
- Sabda Rasulullah seperti yang difirmankan Allah dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud : Apa sahaja yang dilakukan oleh hamba-Ku bertujuan untuk mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnat hingga Aku menyukainya, apabila Aku menyukainya maka Akulah yang akan menjadi pendengaran apa yang didengarnya, menjadi penglihatan apa yang dilihatnya, tangannya bertindak sesuatu apa yang sepatutnya dilakukan, kakinya melangkah pada apa yang sepatutnya dilakukan, jika dia meminta kepada-Ku, pasti akan Aku perkenankan dan jika dia minta perlindungan daripada-Ku pasti Aku akan melindunginya. (Hadis Sohih riwayat Imam Bukhari 6502).
- Rasulullah s.a.w ada menegaskan dalam satu hadis yang bermaksud : Sesiapa yang ber’itikaf dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, sesungguhnya dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan oleh Allah. (Hadis riwayat ad-Dailami daripada Aishah r.a).
Then, itu saja yang dapat saya kongsikan dari “pencarian” saya di internet :P. Di harap ia dapat menambah pengetahuan saya, dan anda.. My personal advice is, please take care of your own safety (especially ladies). This, reminds me of my grandma’s advice before me leaving for my Umrah- “Yakin dalam hati, jangan ada ragu-ragu langsung, kita akan selamat..Allah akan melindungi kita kalau niat kita baik, utk mendekati Dia, di Rumah-Nya..”. (ok, lebih kurang..in kelantanese of course!)
Take Care!
La haula wala quwwata illa billahil aliyyul azim..
Wallahua’lam..
sources:
http://www.epondok.com.my/index.php?p=mutiarailmu/iktikaf.php
http://www.zaharuddin.net/content/view/238/95/ [Refer here for ibadah Iktikaf for wanita]
http://syukran.wordpress.com/2007/10/03/iktikaf-dekatkan-diri-pada-allah/
http://docs.google.com/gview?a=v&q=cache:XEJ38gt9GCQJ:azwira.com/index2.php%3Foption%3Dcom_content%26do_pdf%3D1%26id%3D228+cara+beriktikaf&hl=en&gl=my&pli=1
http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2009/08/iktikaf.html
No comments:
Post a Comment