Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.
Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya:
“Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumahAllah (masjid/surau) , membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusimengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas merekaketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi denganpara Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasamengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya) .”
“Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumahAllah (masjid/surau) , membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusimengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas merekaketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi denganpara Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasamengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya) .”
Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, adalah janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.
Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.
Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkan rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.
Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya:
“Bahawasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhiratserta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takutmelainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) makaadalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia. Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.
* dear readers, doakan saya dikurniakan kemurahan rezeki, kesihatan & kesempatan tetapi yang paling penting, Undangan dari-Nya utk menjadi tetamu di rumahNya yg utama bagi menunaikan rukun Islam ke-5, di waktu terdekat ini. Semoga saya diberi kesempatan menunaikan kesemua rukun Islam, sebelum dipanggil menghadapNya, dengan panggilan yang kekal abadi.. :) . Aminnnnnnnn.....
No comments:
Post a Comment