Thursday, October 1, 2009

Pesanan buat orang bujang: Janganlah bersedih sekiranya anda seorang bujang!

The article is actually very long, so i have excerpted part of it, here:

Golongan bujang dapat mengunakan masa dan waktunya yang banyak terhadap ilmu, dakwah dan jihad memperjuangkan Islam

Sebagai golongan bujang yang tidak mempunyai anak dan isteri yang dapat melalaikan kita dalam beribadah maka kita mempunyai masa yang banyak yang dapat kita gunakan dalam ibadah, menuntut ilmu dan berjuang serta berdakwah di jalan Allah swt.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta benda kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah dan barangsiapa yang melaukan demikian maka mereka itulah golongan yang rugi” (Al-Munafiqun : 9).

Kita hidup sendiri, kita tidak diganggu oleh kanak-kanak dan kita tidak diganggu oleh kecantikan isteri yang melalaikan kita sekalipun di satu aspek kita menderita kerana tiada belaian kasih isteri dan tiada ketawa riang anak-anak menghibur hati namun kita dapat gunakan peluang ini untuk menambah ilmu dan beribadah kepada Allah untuk bekalan kita di hari akhirat kelak.


Golongan bujang lebih dekat kepada Allah swt kerana tidak mudah dilalaikan oleh dunia dan kesedihan dan penderitaannya membantu mendekatkan dirinya kepada Allah

Disebabkan kita kurang dilalaikan oleh anak-anak dan isteri serta dunia dan kita pula merupakan golongan yang dizalimi oleh keadaan, sering merasa sedih dan kecewa, merasa derita maka kita akan lebih mudah mencapai khusyuk dalam ibadah dan merasa dekat dengan Allah kerana bukankah manusia itu lebih dekat dengan tuhannya di waktu susah ?

Disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Syuhaib ra yang meriwayatkan baginda bersabda :

“ Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya” (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).

“Sesungguhnya Allah bersama dengan golongan yang sabar” (Al-baqarah : 153).

“ Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada tuhan mereka” (Al-Kahfi : 28).

Dari Mus’ab bin Said dari bapanya ra berkata : Aku bertanya kepada rasulullah siapakah manusia yang paling dahsyat menerima bala ? Maka dijawab : Para nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya. Tidaklah hilangnya bala itu pada seorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya” (hadith hasan Sahih, riwayat tirmidzi no. 2398, Ibn majah, Ahmad).

Dari riwayat Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya nabi bersabda : “Barangsiapa yang diingini oleh Allah akan kebaikan maka diujinya dengan musibah” (hadith Sahih riwayat Bukhari, Muwatho dan Ahmad).


“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian” (Ali Imran : 200).


Golongan bujang mempunyai ketegasan dan semangat yang lebih tinggi dalam perjuangan dan sanggup berkorban

Mereka yang bujang itu biasanya mampu menjadi kukuh jiwa dan tabah hati terhadap perjuangan dan tidak takut kehilanagn dunia dan rela mati demi Islam berbanding orang yang sudah bernikah merasai nikmat dunia yang merasa sayang dan cinta kepada dunia dan takut mati.

Siapa yang sanggup mati apabila punyai isteri cantik terbaring di atas katil ? namun bujang seperti kita yang tidak mempunyai sesiapa maka kita lebih kehadapan di banding mereka dan kita lebih tabah dalam perjuangan dan kita lebih berani berkorban jiwa dan nyawa serta harta.

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu itu musuh bagi kamu maka berhati-hatilah” (At-taghabun : 14).

Kesedihan dan penderitaan dunia yang menimpa orang yang bujang menyebabkan dirinya sanggup berkorban dan berjihad di jalan Allah mengharap balasan syurga tanpa gentar dan tanpa bimbang walau di perjuangan itu dirinya sudah hampir di hadapan musuh dan bekalan peluru dan senjata sudah kehabisan namun dirinya masih mampu memecut laju ke hadapan kerana yakin dan tidak goyah oleh tipuan dunia.

(dan, sekiranya anda seorang yang beriman (InsyaAllah..)):
“Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa sedih kerana sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Ali-Imran : 139).

Oleh :
Anak yatim yang bujang
San’a Yaman.


No comments:

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates | Sponsored by Application Monitoring