Selang beberapa hari kita bakal menyambut Aidul Adha…satu perayaan kebesaran bagi kita umat Islam untuk memperingati satu pengorbanan agung seorang Rasul demi mendakap CINTA TERAGUNGnya buat ALLAH ESA….tanpa menghiraukan kasih yang amat mendalam terhadap anaknya diturutkan saja perintah ALLAH tanpa rasa ragu2 malah penuh yakin meneruskan titah Pencipta…dan si anak pula dengan meredhai dengan penuh ketulusan akan takdir ALLAH yang diperintahkan ke atasnya……Maha Suci ALLAH betapa sebenarnya aku terlalu mengagumi kedua-dua insan mulia ini…andai aku berada ditempat mereka mampukah aku menjadi seredha dan setabah itu….
Manifestasi daripada sejarah ini merupakan satu pengajaran yang begitu bermakna dan mengajar bahawa hidup ini tidak terlepas dari dugaan dan pengorbanan….setiap daripada kita pasti menghadapi dugaan dan menghadapi saat2nya kita perlu berkorban sama ada harta benda,wang ringgit, jiwa, perasaan dan hati kita sendiri…dan pegorbanan ini adalah dilakukan untuk sesuatu yang kita sayang dan cintai demi menterjemahkan rasa cinta yang mendalam buat mereka yang kita sayang…….sama ada sesuatu pengorbanan itu untuk ALLAH,Rasul,ibu dan ayah, keluarga, saudara mara, sahabat taulan mahupun buat sesiapa sahaja yang sentiasa dekat di hati kita…seperti lagu yang pernah dilaungkan oleh Tan Sri P.Ramlee…”berkorban apa saja , harta atau pun nyawa itulah kasih mesra sejati dan mulia….”
Ya….sememangnya pengorbanan yang didasari keikhlasan tanpa mengharapkan balasan itu sememangnya sesuatu yang mulia lagi terpuji dan seharusnya ada dalam hati setiap dari kita yang bergelar insani…….
Ana sebenarnya suka untuk menterjemahkan makna pengorbanan ini lebih kepada pengorbanan kita untuk menolak keinginan hati demi mendamba keredhaan ALLAH…sedar atau tidak kita sebenarnya sering alpa dalam memenuhi kehendak hati kita sehingga kadang2 kita mengabaikan jalan2 yang menghampirkan kita pada ALLAH…ana bercakap ini adalah sekadar memperingati diri ana sendiri juga sahabat2 di persinggahan sementara ini agar melihat sejauh mana pengorbanan kita pada ALLAH dalam melawan kehendak nafsu mazmumah yang sentiasa mengekori kita daripada menghampiri kepada keredhaan ALLAH….seperti sabda Nabi “peperangan dengan hawa nafsu itu adalah lebih dahsyat daripada peperangan Badar”…nah sahabat2 semua, nabi sendiri telah memperingatkan kita bahawa nafsu itu sukar untuk kita atasi tetapi ingat kita di bekalkan dengan iman dan akal untuk kita menilai yang mana kebaikan dan yang mana kejahatan…
Ya memang diakui jiwa muda kita sentiasa inginkan keseronokan tp ingat duhai sahabat dunia hanya persinggahan cukupkah bekalan kita untuk bertemu Tuhan andai takdir umur kita hanya untuk esok sahaja????…ayuh kita jadi pemuda dan pemudi kebanggaan Rasulullah kerana berjaya melakukan pengorbanan walaupun tidak sehebat Nabi Ismail namun kita masih mampu menjadi golongan muda yang sedia berkorban apa sahaja di usia ini demi untuk mendamba cinta dan redha ALLAH…
Alangkah indah andai kita mampu berkorban untuk mengatakan tidak pada sesuatu yang bakal mengundang kemurkaan ALLAH dan bakal jauh dari keberkatanNYA agar diri tidak jauh dari ALLAH…di situ sudah terpancar pengorbanan kita…
Contonya…bukan dituju pada sesiapa cuma sekadar peringatan buat diri ini agar tidak berulang kesilapan lagi….bilamana diminta cintamu dari seseorang kabarkan padanya “aku bimbang kehilangan CINTA AGUNG itu buat kali kedua bilamana dulu aku pernah kehilanganNYA dan aku tidak tegar untuk kehilanganNYA sekali lagi…” alhamdulillah andai ini yang ada dalam hati setiap dari kita yang mengakui ingin mencintai ALLAH pasti pertolongan itu ada untuk menguatkan hati kita walaupun kadang kala jerit rasa mengundang keinginan untuk mengapai salam kasih manusia itu…..namun janji buat ALLAH lebih perlu diutamakan kerana ketenangan pasti tidak berulang andai jalan itu di pilih sekali lagi……
fitrah manusia memang memerlukan kasih sayang dan sememangnya kita dijadikan berpasangan tetapi bagaimana kita membawa perjalanan kasih sesama kita itulah yang menentukan keberkatan dan keredhaan abadi sebenarnya….semoga pengorbanan kita uintuk mendamba cinta ALLAH akan sentiasa dipandang dan diberi perhatian oleh ALLAH dan diakhir insyaALLAH dengan izinNYA jua pasti CINTA TERAGUNG itu akan kita genggami sehinnga dipertemuan yang abadi………………….
DEDIKASI untuk ‘Dia’ yang memahami dan tidak pernah berputus asa walaupun reaksi ana mengundang byk soal tanya…terima kasih kerana memahami perjuangan ana untuk mendamba redha ALLAH dan terima kasih kerana tidak terusan memaksa ana…kesabaran dan keikhlasan itu insyaALLAH moga dilihat oleh ALLAH…andai takdir itu milik kita pasti akan ada jalannya dan kita tidak perlu mengejarnya sehingga melupakan kasih yang lebih utama…dan buat sahabat2 di daerah perjuangan ini terima kasih kerana terus bersama ana dan tidak henti2 menhembuskan semangat untuk ana memperjuangkan cinta ini…doakan perjalanan kita menemui penghujung yang kita cari iaitu bertemunya CINTA HAKIKI…walaupun ana tahu pasti dugaan tidak akan berhenti kerana CINTA INI ada nilai yang tinggi dan ianya bukan sekadar mimpi tp pasti realiti………………
Salam Pengorbanan,
AL_ADAWIYAH
* setiap manusia pasti pernah melakukan pengorbanan dari pelbagai jenis- dari sekecilnya2 sehingga sehebat2nya. Namun tiada pengorbanan yang lebih agung selain pengorbanan untuk Allah, atas nama Allah.. InsyaAllah Allah akan membalas pengorbanan itu dengan perkara yang lebih baik. Amin..
No comments:
Post a Comment