Friday, April 22, 2011

Jaga Allah, Allah jaga kamu

عَنْ عبدِ الله بنِ عبَّاسٍ رضي الله عنهما قالَ : كُنتُ خَلفَ النَّبيِّ - صلى الله عليه وسلم - فقال :(( يا غُلامُ إنِّي أعلِّمُكُ كَلماتٍ : احفَظِ الله يَحْفَظْكَ ، احفَظِ الله تَجِدْهُ تجاهَكَ ، إذا سَأَلْت فاسألِ الله ، وإذا استَعنْتَ فاستَعِنْ باللهِ ، واعلم أنَّ الأُمَّةَ لو اجتمعت على أنْ ينفعوك بشيءٍ ، لم ينفعوك إلاَّ بشيءٍ قد كَتَبَهُ الله لكَ ، وإنِ اجتمعوا على أنْ يَضرُّوكَ بشيءٍ ، لم يضرُّوك إلاَّ بشيءٍ قد كتبهُ الله عليكَ ، رُفِعَتِ الأقلامُ وجَفَّتِ الصُّحُفُ .                       [رواه الترمذيُّ ، وقال : حديثٌ حسنَ صَحيحٌ ]

Maksud hadith:
Dari Abdullah bin Abbas –radiyallahu anhuma- telah berkata: Adalah aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah (ajaran agama): Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamu. Jagalah Allah (nescaya ) kamu akan dapati Dia di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, apabila kamu memohon bantuan maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jikalau seluruh umat berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak berupaya untuk memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah kepada kamu. Dan sekiranya umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan apa yang telah di takdirkan Allah ke atas kamu. Telah di angkat pena-pena dan telah di tetapkan takdir-takdir.          
[HR Al-Tirmiziy –Dan beliau berkata: hadith ini Hasan soheh]

Pengajaran hadith:
1.      Abdullah bin Abbas ketika kisah ini berlaku  masih kecil iaitu kurang dari sepuluh tahun. Ketika ini beliau menaiki unta bersama Rasulullah s.a.w. di bahagian belakang.

2.      Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w.  mesra kanak-kanak. Walaupun baginda seorang pemimpin agung dan RasuluLLah, tetapi baginda tidak segan untuk berkenderaan bersama kanak-kanak bahkan baginda pernah solat sambil mendukung cucu baginda Umamah. Baginda juga berhenti   berkhutbah apabila melihat cucu-cucunya Hasan dan Husin merangkak, lalu turun dari mimbar untuk mengambil dan mendukung mereka sambil meneruskan khutbah.

3.      Rasulullah s.a.w. adalah murabbi yang terbaik, baginda tidak pernah membuang masa dan peluang yang ada melainkan akan menggunakannya untuk mengajar dan mendidik manusia.

4.      Waktu dan peluang yang paling sesuai dan berkesan untuk mendidik ialah ketika kanak-kanak iaitu ketika jiwa kanak-kanak masih bersih dari kekotoran dan hati  masih lembut.

5.      Proses pendidikan tidak semestinya berlaku secara formal atau di dalam kelas atau masjid sahaja. Tetapi ia boleh berlaku secara informal tanpa mengira waktu atau tempat. Ketika berkenderaan, ketika makan, ketika sedang solat, ketika berkhutbah, di waktu tengah malam dan sebagainya.

6.      Perkara yang asas dan paling penting dalam pendidikan ialah akidah. Rasulullah mengajar kanak-kanak akidah yang penting iaitu jaga hukum Allah, maka Allah akan jaga keselamatan dan keamanan kamu.

7.      Hadith ini merangkumi asas-asas penting dalam agama sehingga kata sebahagian ulama: Aku memerhati dalam hadith ini, maka ianya sungguh menakjubkan dan hampir-hampir menjadikan aku bingung. Oh alangkah dukacitanya disebabkan kejahilan dan kurangnya kefahaman manusia tentang maksud hadith ini.

8.      Maksud  "Jagalah Allah .." ialah jaga segala hukum agama dengan mengikut segala  perintah Allah dan meninggal segala larangan-Nya.. Barangsiapa yang melaksanakan perintah Allah dan meninggal segala larangan-Nya setakat yang termampu, maka ia akan di jamin keselamatan hidupnya, keluarganya, hartanya dan yang lebih penting daripada semua itu ialah imannya akan di jaga oleh Allah dalam apa keadaan sekalipun.

9.      Antara hukum Allah yang paling besar dan penting di pelihara ialah solat. Firman Allah ta'ala yang bermaksud :
" Jagalah kamu akan solat lima waktu dan solat pertengahan".
          [Al-Baqarah:238]
Sabda Rasulullah s.a.w. :Barangsiapa yang memelihara solat lima waktu, adalah baginya di sisi Allah janji untuk memasukkannya ke dalam syurga.  
[HR Ahmad, Abu Daud, Al-Nasai'e, Ibn majah dan sohehkan oleh Ibn Hibban].

10.  Wajib juga menjaga anggota badan daripada melakukan perkara yang haram khususnya dua anggota utama iaitu mulut dan kemaluan (nafsu syahwat). Sabda Rasulullah s.a.w. :
Barangsiapa menjaga apa yang di antara dua janggutnya (mulut) dan apa yang di antara dua kakinya (kemaluan), maka ia pasti  masuk syurga.
                        [Hadith soheh-Riwayat Al-Hakim, Al-Tirmiziy dan Ibn Hibban]

11. Wajib menjaga mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang haram. Firman Allah ta'ala yang bermaksud:
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka (daripada melihat perkara haram) dan hendaklah mereka menjaga kemaluan-kemaluan mereka.  [Al-Nur :30] 
Firman Allah ta'ala yang maksudnya:
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati-hati kesemuanya akan di persoalkan (tentang peranan masing-masing). [Al-Baqarah:235]

12. Maksud  "Allah menjaga kamu.."  ialah : Barangsiapa yang menjaga batas-batas agama, hak-hak Allah maka Allah akan menjaga dirinya, anak isteri, harta bendanya dan lebih penting daripada itu ialah Allah menjaga agama dan imannya.

13. Antara contoh-contoh mereka yang di jaga oleh Allah di semua keadaan ialah:.
i.                    Kisah Ashabul Kahf  yang tidur dengan nyenyak dan aman selama 390 tahun di dalam gua bersama anjing dan mereka ketika itu sedang di buru oleh musuh.

ii.                 Kisah Hajar dan Anaknya Nabi Ismail –alayhissalam-  yang di tinggalkan oleh Nabi Ibrahim –alayhissalam- di bumi yang kering kontang, tidak ada tempat tinggal, manusia, tumbuh-tumbuhan, makanan dan air. Tetapi mereka selamat di beri rezeki dan di jaga oleh Allah.

iii.               Kisah Nabi Yusof –alayhissalam- yang di campak ke dalam telaga oleh adik beradiknya ketika berumur 12 tahun, kemudian di pungut oleh pedagang dan di jual sebagai hamba, lalu di beli oleh al-Azizi (pembesar Negara). Setelah menjadi budak suruhan beliau di fitnah oleh isteri al-Aziz tetapi di pelihara oleh Allah dari fitnah tersebut. Friman Allah ta'ala yang bermaksud:
"….Demikianlah  (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusof perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan  keji, kerana sesungguhnya ia adalah dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.  [Yusof: 24]

Firman Allah ta'ala yang bermaksud:
"…….Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan nikmat-Nya ke atas kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan  pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.    [Yusof: 90]  
iv.               Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar r.a. di pelihara oleh Allah daripada kejahatan musyrikin Makkah ketika berada dalam gua Thur bahkan Nabi s.a.w. merasa tenang dan selamat walaupun musuh berada di luar pintu gua. Firman Allah ta'ala:
Maksudnya : " Ketika mana Ia berkata kepada sahabatnya : Janganlah kamu bersedih kerana Allah bersama (menjaga) kita. [Al-Taubah:40]

14.  Antara contoh mereka yang tidak di jaga fizikalnya tetapi di jaga imannya ialah kisah Umar al-Khottob di saat kematiannya ketika di tikam, beliau masih mampu membaca ayat al-Quran dan bertanya tentang solat orang ramai seterusnya beliau mendirikan solat dan akhirnya beliau di beri syahid oleh Allah.
 15. Kata  Mujahid: Tidak ada seorang hamba pun melainkan ada seorang malaikat yang menjaganya ketika tidur dan ketika sedarnya daripada jin, manusia dan binatang. Maka tidak datang sesuatu pun kepadanya  melainkan malaikat akan berkata: Itu di belakang kamu kecuali apa yang telah di di izinkan Allah.

16.       Rasulullah s.a.w juga tidak pernah meninggalkan doa ini pada waktu pagi dan petang: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau ‘afiah (keselamatan) di dunia dan di akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kemaafan dan ‘afiah (keselamatan) pada agamaku, duniaku, ahli keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupkanlah auratku (keaibanku), amankanlah ketakutanku, peliharalah aku sama ada dari hadapanku, belakangku, kananku, kiriku dan atasku. Dan aku berlindung dengan kekuasaan-Mu daripada aku dikhianati daripada bawahku.” [Riwayat Ahmad]

17.       Allah s.w.t akan menjaga hamba mengikut kadar kesolehannya (kebaikannya di dunia) selepas dia mati pada zuriatnya sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta’ala: “Dan ibubapa mereka berdua adalah orang yang soleh…” [Al-Kahfi: 82] yang bermaksud: Mereka berdua dipelihara disebabkan kesolehan ibubapa mereka. Sa’id bin al-Musayyib berkata kepada anaknya: Aku akan tambahkan solat demi kerana engkau, dengan harapan aku dipelihara kerana engkau. ‘Umar bin Abdul Aziz berkata: Tidak ada seorang mu’min pun yang mati melainkan Allah akan menjaganya dan keturunannya selepas kematiannya.

18.       Maksud jagaan Allah: Allah akan menjaga agama dan iman hamba-Nya, dan Dia akan menjaga kehidupannya daripada terjebak ke dalam perkara yang syubhat dan menyesatkan, dan daripada syahwat yang haram, dan menjaga agamanya ketika dia mati, kemudian Allah mematikan dia di dalam iman.

19.       Di dalam al-Sahihain yang diriwayatkan oleh al-Barra’ bin al-‘Azib, Nabi s.a.w memerintahkannya untuk berdoa ketika hendak tidur: “Sekiranya Engkau pegang jiwaku maka rahmatilah ia. Sekiranya Engkau lepaskannya maka peliharalah ia sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang soleh.”

20.       Nabi s.a.w pernah mengajar ‘Umar di dalam satu hadith: “Ya Allah , peliharalah aku dengan Islam sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau ketika tidur. Dan janganlah Engkau tundukkan musuh atau orang yang dengki kepadaku.” [Riwayat Ibnu Hibban di dalam Sahihnya]

21.       Nabi s.a.w mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang ingin bermusafir dengan berdoa: “Aku berdoa semoga Allah menjaga agamamu, amanahmu dan kesudahan amalanmu.” [Riwayat al-Nasa’ie]

22.       Secara kesuluruhannya, Allah akan menjaga orang mu’min yang menjaga segala batas-batas agama yang telah ditentukan oleh-Nya, dan menghalang dirinya daripada tertipu dengan segala perkara yang boleh merosakkan agamanya, sebagaimana dalam kisah Nabi Yusuf ‘alayhissalam:
“Demikianlah Kami menjauhkan dirinya daripada kejahatan dan perkara yang keji. Sesungguhnya dia termasuk daripada hamba-hamba Kami yang ikhlas.” [Yusuf: 24]

23.       Kata Ibnu Abbas ketika mentafsirkan firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya Allah menghalang di antara seseorang itu dan hatinya…” [Al-Anfal: 24], iaitu: Allah menghalang antara orang mu’min dengan perkara maksiat yang boleh mengheretnya ke Neraka.

24.       Maksud “Jagalah Allah nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapan Engkau.” ialah: Sesungguhnya siapa yang menjaga batas-batas Allah, dan menjaga hak-hak-Nya, nescaya dia akan mendapati Allah bersamanya dalam setiap keadaan. Dia akan meliputinya (dengan rahmat), menolongnya, menjaganya dan meringankan (beban-bebannya), firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang yang selalu membuat kebaikan.” [Al-Nahl: 128]

Qatadah berkata: Siapa yang bertaqwa pada Allah, Dia akan ada bersamanya. Dan siapa yang Allah ada bersamanya, maka dia akan bersama dengan kumpulan tentera yang tidak akan kalah, pengawal yang tidak akan tidur, dan pemberi hidayah yang tidak akan menyesatkan.

25.       Kebersamaan yang khusus ini juga membawa kepada bantuan, pertolongan dan jagaan daripada Allah. Maka barangsiapa yang menjaga Allah, menjaga hak-hak-Nya, dia akan mendapati-Nya di hadapannya dalam setiap keadaan, sebagaimana di dalam hadith: “Sebaik-baik iman ialah seseorang hamba itu dia mengetahui bahawa Allah sentiasa bersamanya (melihatnya) di mana sahaja ia berada.”

26.       Ini bermakna kenalnya seseorang hamba itu kepada Tuhannya terbahagi kepada dua:
  • Kenal Tuhannya secara umum, iaitu kenal dengan membenarkan Allah dan beriman dengan-Nya. 
  • Kenal dengan khusus: Iaitu cinta kepada Allah secara keseluruhannya, hidup semata-mata kerana-Nya, sentiasa merasai di temani-Nya, tenang apabila berzikir kepada-Nya, malu kepada-Nya, merasai kehebatan-Nya. Kata sebahagian ulama: Orang-orang yang miskin di dunia ialah mereka yang keluar daripada dunia tanpa merasai kemanisan yang terbaik di dunia,lalu di tanya: Apakah kemanisan itu? Jawabnya: Iaitu ma’rifatulLah Azza wa Jalla.
source: http://amfz-nota.blogspot.com/2011/03/jaga-allah-allah-jaga-kamu.html

Cara Tuhan Membalas Kasih Terhadap Kekasih-Nya

Cara Tuhan membalas kasih terhadap kekasih-Nya tidak seperti manusia,
Kalau manusia membalas kasih terhadap kekasihnya
diberi sesuatu yang menghiburkan atau menyukakan,
Kalau berlaku disebalik itu, bukan membalas kasih namanya,
Berlainan sekali Tuhan terhadap kekasih-Nya,
Memberi kasih sungguh anih, tidak serupa dengan manusia,
Tuhan memberi kasih terhadap cinta-Nya,
disusah-susahkan-Nya dengan bermacam-macam penderitaan,
Kekasih-kekasih Tuhan ialah para Rasul dan Ambiya dan
juga orang yang soleh dan bertaqwa sepanjang zaman,
Kasih Tuhan terhadap mereka dimiskinkan, dibenci
orang, disakitkan, dihalang perjuangannya dan
diperangi, diburu oleh musuh-musuhnya,
Meraka dibuang dan terbuang di negeri orang di dalam
kehidupan yang menyusahkan, mereka faham kasih Tuhan
terhadap mereka,
Kerana itulah mereka redha, mereka boleh sabar di
dalam penderitaan,
Bahkan rasa terhibur kerana Tuhannnya,
Kerana itulah Nabi pernah bersabda: "Bala yang paling
dahsyat ditimpakan adalah kepada para Rasul dan Ambiya
dan Auliya"
Kemudian mereka selepas itu mengikut peringkat yang
diberikan iman kepada mereka,
Semakin tinggi iman mereka, semakin berat bala
ditimpakan kepadanya,
Kalau kurang iman mereka, kurang pula bala,
Bala yang ditimpa kepada orang beriman mengikut tinggi
rendah imannya,
Ada juga orang tidak beriman, fasik dan zalim,
Diberatkan ujian kepada mereka itu adalah kutukan
Tuhan kepada mereka,
Yang saya ceritakan ini hanya orang beriman sahaja,
Kalau seorang Islam tidak pernah dibala atau balanya
ringan sahaja janganlah bergembira,
Jangan-jangan mereka sudah tidak ada perhatian lagi
dari Tuhannya,
Kerana itu takutlah dengan Tuhannya,
Kerana kasih Tuhan kepada hamba-Nya bukan macam
manusia,
Kasih Tuhan kepada hamba-Nya tersendiri caranya,
Orang bertaqwa sahaja yang faham tentang Tuhannya. 

source: http://cahayamukmin.blogspot.com/search/label/Tasawuf?updated-max=2010-09-02T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=6 

Tenang Dalam Ujian

Seorang sufi bertanya kepada seorang fakih, "Ada hamba Allah yang ketika mendapat ujian, ia sama sekali tidak merasa terganggu atau terancam."

Sang fakih menjawab,"Aku tidak mengerti, bagaimana ia boleh berbuat sedemikian?"

"Tentu sahaja. Perumpamaannya adalah seperti malaikat yang ditugaskan neraka. Ia berada di neraka namun panasnya api neraka sama sekali tidak membahayakan mereka."

Kalau kita membaca Al-Quran, kita akan mengetahui kisah Nabi Ibrahim a.s. ketika kaumnya berkata kepadanya, "Bakarlah dia dan belalah tuhan kalian!" Kemudian mereka melemparkan Nabi Ibrahim ke dalam api.

Baginda bertawakkal kepada Allah dan mengucapkan "Hasbunallah Wa Ni'mal Wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)".

Kemudian turun perintah Allah, "Kami berkata, 'Wahai api, jadilah kau dingin dan aman bagi Ibrahim.'" Allah s.w.t menjaganya kerana baginda setia kepada Allah dalam segala perbuatan.

Siapa yang setia kepada Allah, bererti menjadikan Allah sebagai waliNya. Siapa yang menjadikan Allah sebagai waliNya dan menjalani hidup seperti Allah inginkan, tentu Allah akan menjaganya, Sehingga ketika berbagai fitnah menerpa, ia tidak dibahayakan. "Bukankah Allah mencukupi hambaNya?!"

source: http://cahayamukmin.blogspot.com/

Thursday, April 21, 2011

Erti IKHLAS LILLAHI TA’ALA yang Tertinggi

Siapa pun yang beribadah kepada Allah karena motivasi kepentingan tertentu dengan harapan sesuatu dari-Nya, atau beribadah dalam rangka menolak bencana dari Allah, maka sesungguhnya ibadah orang tersebut (meskipun tidak salah) tapi belumlah berpijak dengan tepat sesuai dari sifat Allah itu sendiri.
Kenapa demikian?

Betapa banyaknya orang beribadah kepada Allah tidak didasari keikhlasan mutlak (Lillaahi Ta’ala), tetapi masih demi yang lain, demi kepentingan duniawi, naiknya jabatan, sukses kariernya, mendapatkan jodoh, dagangannya laku, bahkan demi menolak balak dan bencana atau siksa.

Apakah Allah Ta’ala memerintahkan kita melakukan ibadah dan menjauhi larangan-Nya karena sebuah sebab dan alasan-alasan tertentu seperti itu?

Bukankah kita beribadah karena kita memang harus melakukan ibadah dan menyambut dengan ikhlas (tanpa keinginan yang lain) sifat Rububiyah-Nya (sifat ke-Tuhan-an) melalui sifat Ubudiyah (sifat ke-Hamba-an) kita?

Bukankah segalanya sudah dijamin Allah, dan segalanya dari-Nya, bersama-Nya serta menuju kepada-Nya?

Apakah Allah tidak layak disembah, tidak layak menjadi Tuhan, tidak layak diabdi dan diikuti perintah serta larangan-Nya, manakala Allah tidak menciptakan syurga dan neraka?

Bukankah Rasulullah SAW, mengkhabarkan :

“Janganlah diantara kalian seperti budak yang buruk, jika tidak diancam ia tak pernah bekerja. Juga jangan seperti pekerja yang buruk, jika tidak diberi upah ia tidak bekerja”

Dalam kitab Zabur Allah berfirman :

“Adakah orang yang lebih zalim dibanding orang yang menyembah-Ku karena syurga atau takut neraka? Apakah jika Aku tidak menciptakan syurga dan neraka, Aku tidak pantas untuk ditaati?”

Suatu hari Syeikh Junaid Al-Baghdady dibangunkan oleh pamannya sekaligus gurunya, Syeikh Sary as-Saqathy, beginilah dialog diantara mereka :
“Ada apa paman?” kata syeikh Junaid,

“Aku bermimpi melihat seakan-akan aku dihadapkan pada Allah Azza wa Jalla dan kemudian terdengar jelas ditelingaku sebuah siuara yang mengatakan :

‘Wahai Sary, Aku menciptakan makhluk kemudian mereka merasa mencintai-Ku. Begitu Aku menciptakan dunia, mereka semua lari dari-Ku dan tinggalah sepuluh persen yang tersisa pada-Ku.’

‘Lalu Aku menciptakan syurga, sisa makhluk itu pun lari semua (ke syurga), tinggalah satu persen saja yang tersisa pada-Ku’.

‘Lalu Aku memberikan cobaan kepada mereka ini, mereka pun lari semua dari-Ku tinggal 0.1 persen yang tersisa pada-Ku. Aku bicara pada makhluk-Ku yang tersisa yang masih bersama-Ku itu,

“Bukan dunia yang kalian kehendaki, juga bukan syurga yang kalian inginkan, juga bukan neraka yang membuat kalian lari, lantas apa yang kalian mau?”

“Engkau lebih Tahu apa yang kami mau…” jawab mereka.

“Aku hendak menindihkan bencana cobaan pada kalian sebanyak nafas kalian, yang bisa menghancurkan gunung-gunung, apakah kalian masih bersabar?” Tanya-Ku pada mereka.

Dan mereka pun menjawab, “Manakala Engkau Sendiri Yang memberi cobaan, lakukanlah sekehendak-Mu….”

Maka mereka itulah hamba hamba-Ku yang sebenarnya.

Semua ini Insya Allah bisa jadi renungan bagi kita semua agar dalam setiap niat dan motivasi ibadah yang kita lakukan adalah senantiasa semata hanya menuju Allah, Lillahi Ta’ala.

Agar kita terbebas dari penjara kemakhlukan, dan menyatu dalam Musyahadah dengan-Nya. Ikhlas Lillahi Ta’ala adalah Ruh dari seluruh ibadah kita. Bukan yang lainnya. Amin Ya Robbal ‘Alamin.

La Hawla Wala Quwwata Ilabillah
Tiada Daya Kekuatan Kecuali Dari Allah

Laa ma’buda illa allah
Tiada yang disembah kecuali Allah

Laa ma’suda illa allah
Tiada yang dituju kecuali Allah

Laa maujuda illa allah
Tiada yang maujud (berwujud) kecuali Allah

Ilahi, anta maksudi
Tuhanku, hanya engkau tujuanku,

Waridhokamathlubi
Dan hanya ridloMulah yang kucari,

A’tini mahabbataka wama’rifataka
Limpahkan Cinta dan Ma’rifatMu kepadaku

Laa ilaha illa allah
Tiada Tuhan kecuali Allah

Allahu Allah
Allahu Allah…

source: http://sendy-master.blog.friendster.com/2008/10/arti-ikhlas-lillahi-ta%E2%80%99ala-yg-tertinggi/

Thursday, March 24, 2011

Rindu Berjumpa Dengan Allah.

Ketika cinta kepada Allah SWT telah bertakhta dalam hati hamba, maka dengan sendirinya ia akan selalu berusaha keras mengambil kesempatan yang ia miliki untuk berkhalwat dengan Allah, berzikir dan bermunajat kepadaNYA. Berusaha menyatukan hatinya bersama ALLAH swt. Setahap demi setahap akan lahirlah kerinduan yang terpendam kepada Allah swt yang bersemayam dalam hati dan mendorongnya untuk dapat melihatNya. Ketika diberitahu kepadanya bahawa Allah swt tidak dapat dilihat dan ditemui di dunia tetapi setelah mati, maka bertambahlah kerinduannya untuk bertemu dengan Allah swt.

Pertemuan dengan kekasih Yang Maha Agung, Zat Yang selama bertahun-tahun ia selalu bermunajat kepadaNya dan menmpahkan air mata dalam mihrabNya.

Pertemuan dengan Zat yang telah ia seru diwaktu-wktu genting, ia selalu mendapatiNya dekat dengannya dan mengabulkan doanya.

Pertemuan dengan Zat yang mencukupi, mengawasi dan menolongnya dari dirinya dan musuhnya. Pertemuan dengan Zat yang memberi, memuliakan, menjaga dan memeliharanya dari setiap bencana dengan sebaik-baiknya.

Hasan al-Basri berkata,"Sesungguhnya, para pencinta Allah swt adalah orang-orang mewarisi kehidupan yang baik, merasakan kenikmatan ketika dapat bermunajat dengan kekasih mereka, dan mendapatkan kemanisan dalam hati mereka. Lebih-lebih lagi jika sudah terdetik dalam hati mereka, nescaya mereka akan mengingati kebesaranNya. Tersingkaplah tirai yang menutupi (pandangan)nya di tempat yang aman dan menggembirakan. Diperlihatkan kepada mereka keagunganNya dan diperdengarkan kepada mereka kelazatan perkataanNya serta disampaikan kepada mereka jawapan atas apa yang mereka munajatkan setiap hari dalam kehidupan mereka.

Dengan demikian, kerinduan kepada Allah swt adalah buah dari bertakhtanya cinta dalam hati seorang hamba. Ibnu Rajab menegaskan hal ini dalam perkataannya, “Kerinduan pada Allah swt merupakan darjat inggi yang dibangunkan dari kekuatan cinta kepada Allah swt. Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w pernah meminta darjat ini kepada Allah swt.”

Disebutkan dalam doa Rasulullah S.A.W :
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu keredhaan terhadap ketentuanMu, ketenangan hidup sesudah kematian, kelazatan melihat wajahMu, dan kerinduan untuk berjumpa denganMu tanpa adanya halangan yang menyukarkan dan tanpa adanya ujian yang menyesatkan.”

Rasulullah s.a.w meminta kepada TuhanNya kerinduan untuk berjumpa denganNYA tanpa adanya hal-hal yang menyukarkannya. Baginda berdoa dengan sabda, “Kesempitan dunia dan takdir yang menyakitkan, atau fitnah dalam agama yang menyesatkan atau kalimah lain yang bermakna menjadikan kerinduan pada Allah itu lahir dari dorongan rasa cinta.”

Disebutkan dalam sebuah atsar bahawa Allah SWT berfirman, “Ingatlah, sesungguhnya orang-orang yang soleh telah lama rindu untuk bertemu denganKU. Padahal AKU jauh lebih rindu kepada mereka. Tidaklah para perindu itu rindu kepadaku kecuali kerana kurnia kerinduanKU kepada mereka. Ingatlah, barang siapa mencariKU, nescaya ia akan mendapatkanKU. Barangsiapa mencari selainKU, nescaya ia tidak akan pernah mendapatkanKU. Adakah orang yang menghadap kepadaKU, kemudian AKU tidak menyambutnya? Adakah orang yang berdoa kepadaKU, lalu AKU tidak makbulkan doanya? Dan adakah orang yang meminta kepadaKU, lalu AKU tidak memberi kepadanya?”….

(Sumber : Buku Mencintai Dan Dicintai Allah, Oleh Dr Majdi Al-Hilali)

Wednesday, March 23, 2011

20 Amalan Murah Rezeki

 
“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Toha: 132)

Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya…
1. Menyempatkan diri untuk beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Sumber: Majalah ANIS

NOTA ARTIKEL:

Al-Wahhab; Dialah Allah yang Maha Memberi dan Dia memberikan rezeki kepada semua makhlukNya, tidak kira yang beriman kepadaNya ataupun tidak. Al-Fattah; Dialah Tuhan yang membukakan pintu-pintu rezeki buat sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dan Dialah Al-‘Adil, Al-Hakim dan Al-‘Alim; Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Diberikan rezeki kepada sekalian makhlukNya secara adil dan bijaksana, dan Dia Maha Mengetahui terhadap apa sahaja yang diberikanNya itu.
Allah SWT berfirman:
وَما مِن دابَّةٍ فِى الأَرضِ إِلّا عَلَى اللَّهِ رِزقُها وَيَعلَمُ مُستَقَرَّها وَمُستَودَعَها ۚ كُلٌّ فى كِتٰبٍ مُبينٍ
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
(Hud: 6)

Allah memberikan rezeki kepada semua manusia, yang beriman kepadaNya mahupun yang tidak:
وَإِذ قالَ إِبرٰهۦمُ رَبِّ اجعَل هٰذا بَلَدًا ءامِنًا وَارزُق أَهلَهُ مِنَ الثَّمَرٰتِ مَن ءامَنَ مِنهُم بِاللَّهِ وَاليَومِ الءاخِرِ ۖ قالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَليلًا ثُمَّ أَضطَرُّهُ إِلىٰ عَذابِ النّارِ ۖ وَبِئسَ المَصيرُ
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: "(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”.
زُيِّنَ لِلَّذينَ كَفَرُوا الحَيوٰةُ الدُّنيا وَيَسخَرونَ مِنَ الَّذينَ ءامَنوا ۘ وَالَّذينَ اتَّقَوا فَوقَهُم يَومَ القِيٰمَةِ ۗ وَاللَّهُ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِسابٍ
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
(Al-Baqarah: 126 & 212)

Beribadah, beramal, berikhtiar dan mengingati Allah dapat membuka pintu-pintu rezeki:
فى بُيوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَن تُرفَعَ وَيُذكَرَ فيهَا اسمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فيها بِالغُدُوِّ وَالءاصالِ
(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.
رِجالٌ لا تُلهيهِم تِجٰرَةٌ وَلا بَيعٌ عَن ذِكرِ اللَّهِ وَإِقامِ الصَّلوٰةِ وَإيتاءِ الزَّكوٰةِ ۙ يَخافونَ يَومًا تَتَقَلَّبُ فيهِ القُلوبُ وَالأَبصٰر
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
لِيَجزِيَهُمُ اللَّهُ أَحسَنَ ما عَمِلوا وَيَزيدَهُم مِن فَضلِهِ ۗ وَاللَّهُ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِساب
(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.
(An-Nur: 36-38)
قُل إِنَّ رَبّى يَبسُطُ الرِّزقَ لِمَن يَشاءُ مِن عِبادِهِ وَيَقدِرُ لَهُ ۚ وَما أَنفَقتُم مِن شَيءٍ فَهُوَ يُخلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيرُ الرّٰزِقينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki"
(Saba: 39)
فَإِذا قُضِيَتِ الصَّلوٰةُ فَانتَشِروا فِى الأَرضِ وَابتَغوا مِن فَضلِ اللَّهِ وَاذكُرُوا اللَّهَ كَثيرًا لَعَلَّكُم تُفلِحونَ
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Al-Jumu’ah: 10)
وَأمُر أَهلَكَ بِالصَّلوٰةِ وَاصطَبِر عَلَيها ۖ لا نَسـَٔلُكَ رِزقًا ۖ نَحنُ نَرزُقُكَ ۗ وَالعٰقِبَةُ لِلتَّقوىٰ
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Toha: 132)

Namun ketahuilah, sebaik-baik pemberian buat hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh itu adalah Syurga:
رَسولًا يَتلوا عَلَيكُم ءايٰتِ اللَّهِ مُبَيِّنٰتٍ لِيُخرِجَ الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ مِنَ الظُّلُمٰتِ إِلَى النّورِ ۚ وَمَن يُؤمِن بِاللَّهِ وَيَعمَل صٰلِحًا يُدخِلهُ جَنّٰتٍ تَجرى مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها أَبَدًا ۖ قَد أَحسَنَ اللَّهُ لَهُ رِزقًا
(Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk). Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.
(At-Talaq: 11)

source: http://cheahmad.blogspot.com/2009/10/20-amalan-murah-rezeki-artikel-pilihan.html

Tuesday, March 22, 2011

Hanya sifat tawaduk mampu kikis sombong dan takbur

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

MEMBANTU mereka dalam kesusahan antara sifat insan yang rendah hati, berbudi bahasa dengan manusia seluruhnya. Umat Islam dituntut tingkat ketakwaan, semangat silaturahim sesama manusia
SESIAPA saja yang jujur kepada petunjuk agama dan reda dengan panduan kehidupan sebagai seorang Muslim pasti tidak sanggup bersikap takbur serta membesarkan diri hanya supaya dipandang tinggi oleh orang lain.

Akhlak mulia bukan dinilai dengan wang ringgit dan harta berbukit tetapi sifat insan yang rendah hati, berbudi bahasa apabila bermuamalat dengan Allah serta manusia seluruhnya.

Tidak dinafikan, hari ini pangkat dan rupa menjadi taruhan walaupun bukan dalam segenap bidang, tetapi ilmu dan takwa jugalah yang berpanjangan dan kekal bertahan. Walau tidak dapat dinilai dengan mata kasar, penangan ilmu dan manfaatnya kepada orang lain tinggi nilainya, sehingga mampu mencelikkan hati yang buta dengan kejahilan serta kesesatan.

Justeru, takbur dengan habuan dunia yang sekelumit cuma berbanding ganjaran kekal di akhirat kelak bagaikan perbandingan antara air dan api, yang terlalu jauh bezanya.

Kecantikan, harta benda, nasab dan kedudukan tinggi ketika di dunia yang menjadikan seseorang itu takbur dan berbangga dengan harapan dipuja serta dipuji oleh orang lain akan menghalang pelakunya merasai kenikmatan hidup di akhirat yang kekal abadi.

Sebaliknya, jika kelebihan direzekikan Allah dimanfaatkan untuk orang lain serta menjadikannya insaf seterusnya menghambakan dirinya kepada pemiliknya yang asal, habuan diterima adalah bonus yang mempunyai kiraan di sisi Allah.

Firman Allah yang bermaksud:
“Negeri akhirat itu kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi dan (kesudahan yang baik) itu adalah bagi orang bertakwa.” (Surah al-Qasas, ayat 83)
Peringatan Allah itu mengingatkan kita bahawa seolah-olah tiada kehidupan yang baik buat orang sombong dan takbur di akhirat kelak, melainkan hamba-Nya yang bertakwa saja. Orang sombong tidak disukai Allah.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman, ayat 18)
Dengan menghayati sunnah Rasulullah SAW juga kita akan cepat menyedari Baginda sangat menitikberatkan hubungan baik sesama insan, hormat menghormati serta tidak sombong, walaupun apabila berdepan dengan musuh.

Bahkan sifat pemaaf Baginda SAW sepatutnya menjadi perangsang untuk membina silaturahim dengan sesiapa saja walaupun dengan orang yang sudah menzalimi kita jika ia kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.

Apa yang ditonjolkan Rasulullah SAW kepada sahabat dan umat Islam seluruhnya melalui sirah dan kisah sahabat yang disampaikan kepada kita hingga kini adalah demi menjaga umat Baginda supaya tidak menghuni neraka.

Diriwayatkan daripada Harithah bin Wahab, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Mahukah aku khabarkan kepadamu sikap penghuni neraka, orang yang berperangai kasar, mendabik dada saat berjalan lantaran sombong.” (Muttafaq ‘alaih)

Orang yang takbur bukan saja menolak kebenaran kerana dunia tetapi juga meremehkan orang lain untuk meninggikan dirinya dan inilah yang dikatakan mendabik dada saat berjalan lantaran sombong.

Hadis sahih riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari kesombongan. Maka seorang lelaki bertanya: Sesungguhnya seseorang menyukai pakaiannya yang bagus dan seliparnya yang elok. Nabi menjawab: Sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, sombong itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.”
Seperti orang yang sombong menghina orang lain di dunia begitulah juga di akhirat kelak apabila mereka turut mendapat kehinaan Allah seperti yang dijanjikan. Allah tidak akan memandang mereka, berbicara dengan mereka atau menyucikan mereka dan inilah kehinaan yang sebenar-benar hina.

Orang yang takbur dengan habuan dunia lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Perkasa adalah kain sarung-Ku dan sombong ialah pakaian-Ku, barang siapa menandingi Aku daripada salah satu dari keduanya, nescaya Aku akan menyeksanya.”

Bukan mudah mencabut akar umbi kesombongan yang sudah berselirat dalam diri. Kerana itulah orang bersifat tawaduk cuba untuk menghambakan diri serendah-rendahnya kepada Ilahi untuk menjauhi sikap takbur dan riak.

Hubungan baik sesama manusia juga bertitik tolak daripada hubungan baik dengan Allah. Justeru, orang yang tinggi sifat kehambaannya akan merendah hati apabila bermuamalah sesama makhluk.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud:
“Tidak ada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah kecuali Allah akan meninggikan darjatnya.”
Sesiapa yang membuka lebaran sirah Rasulullah SAW pasti akan mengetahui keperibadian Baginda yang agung yang menjadi teladan kepada seluruh umat manusia apabila berurusan dengan Tuhan dan manusia.

Usahkan sombong dengan yang Maha Pencipta, Rasulullah SAW juga tidak sombong dengan isteri-isteri, sahabat, pemimpin pada masa Baginda bergelar ketua negara, rakyat jelata, hatta fakir miskin pun Baginda hormati.

Inilah akhlak yang Baginda pertahankan sesuai dengan pesanan Allah yang dirakamkan dalam wahyu Ilahi kepada Baginda. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya kalian merendah hati, hingga tidak ada orang yang berasa lebih tinggi daripada yang lain dan tidak ada orang yang berbuat zalim kepada yang lainnya.”

Monday, March 21, 2011

Kasih SayangKu mengatasi kemurkaanKu

Murka Allah adalah suatu sifat Allah yang kita tidak akan dapat melarikan diri daripadanya kecuali bagi orang yang telah benar-benar dapat membersihkan hatinya. Di dalam Al Quran, murka atau marah Allah disebutkan sebagai Zuntiqam yang bermaksud Pembalas segala kejahatan dengan azab seksa. Juga disebutkan sebagai Syadiidul ‘Iqab yang membawa maksud amat pedih seksaan-Nya.
Di dalam Al Quran telah berulang-ulang diingatkan akan sifat murka Allah SWT ini. Antaranya: “Mahukah kamu Aku tunjukkan tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya daripada (orang-orang fasiq) itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka ada yang dijadikan kera dan babi iaitu orang-orang yang menyembah berhala. Merekalah orang yang paling buruk kedudukannya, paling sesat dari jalan yang lurus.” – Al Maidah : 60

“Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka Neraka Jahanam.”- Al Fath : 6Sifat marah atau murka Allah tidak tergolong di dalam salah satu daripada Asmaul Husna-Nya seperti sifat-sifat Ar Rahman, As Syabur, Al Ghafur, Al Wali dll. Sifat-sifat Pengasih, Penyabar, Pemaaf, Pemelihara itu adalah sifat-sifat yang sentiasa, tetap dan kekal adanya pada Zat Allah sehingga dijadikanlah nama-nama indah bagi-Nya. Sedangkan sifat murka atau marah Allah bukan satu suatu sifat yang tetap bagi-Nya.

Maknanya, Allah bersifat murka atau marah hanya pada waktu-waktu atau pada tempoh-tempoh yang tertentu. Allah akan murka dan marah hanya apabila hambaNya melakukan kejahatan dan dosa. Bila hamba yang berbuat kejahatan itu sedar kembali lantas bertaubat, akan segera hilang marah dan murka Allah. Allah terus memaafkan dan kembali melahirkan kasih sayang-Nya kepada si hamba tadi.

Tetapi lain pula keadaannya terhadap orang-orang kafir. Murka Allah kepada mereka akan kekal selama mana mereka mengekalkan dosa mensyirikkan Allah. Namun akan hilang juga murka Allah kepada mereka yang bertaubat dan kembali meng-Esakan Tuhan dengan menganut agama Islam.

Sepertilah seorang ibu yang begitu sayang kepada anaknya. Apa saja permintaan si anak, ibu akan berusaha memenuhi kehendaknya. Cuma kadangkala apabila anaknya berbuat kesalahan atau kejahatan, akan timbul rasa marah, kecil hati dan tidak suka pada tingkah laku anaknya. Tetapi apabila si anak meminta maaf serta mengubah kelakuannya pasti ibu akan segera memaafkan. Si ibu akan kembali melahirkan kasih dan sayang terhadap anaknya.

Kemarahan si ibu hanya sekali sekala iaitu apabila anaknya melakukan kesalahan. Kemarahan tersebut bukanlah suatu sifat yang tetap dan sentiasa ada tetapi datangnya sesekali.

Begitulah hakikatnya murka Allah sebenarnya adalah diselaputi Rahmat ( Kasih Sayang) Tuhan yang Maha Perkasa. Ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap bencana yang menimpa akibat kemurkaan Allah.

Murka Allah bukanlah sengaja di ada-adakan, tetapi ada sebab-sebabnya. Sekiranya kita tergolong di kalangan orang yang sentiasa mengingati Allah sewaktu ditimpa kesusahan, kegelisahan dan bala, pasti kita akan dapat rasakan belaian kasih sayang Allah yang tersembunyi di sebalik setiap kesusahan yang menimpa kita. Hanya orang-orang yang tidak pernah pedulikan Allah sahaja yang merasakan ujian dan bala yang menimpa itu adalah untuk menyusahkan dan menyiksa diri mereka.

Begitu baiknya Allah terhadap makhluk-Nya. Marah Allah adalah kerana sayang bukan kerana benci. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah setelah menciptakan makhluk, Dia tulis suatu tulisan di samping-Nya di ‘ Arasy: Kasih SayangKu mengatasi kemurkaanKu.”

Friday, March 18, 2011

Kemuliaan

Allah SWT adalah Satu-satunya Pencipta sekalian makhluk. Segala-galanya datang daripada 'khazanah' Allah SWT. Khazanah yang tidak pernah berkurang dan luasnya seperti luasnya Kudrat dan Iradat Allah SWT. Segala yang wujud di dalam Ilmu Allah, akan terzahir melalui Iradat dan Kudrat Allah.

Segala-galanya dicipta oleh Allah. Makhluk sebesar Arasy pun diciptakan oleh Allah. Sekecil-kecil makhluk baik pada peringkat atom, proton, neutron dan DNA sekalipun, diciptakan oleh Allah. Semua ini datang daripada khazanah Allah. Begitu juga, perasaan sedih, gembira, risau, senang hati dan sebagainya; juga adalah makhluk Allah SWT. Malah kehinaan dan kemuliaan juga adalah makhluk yang dicipta oleh Allah dan terkandung dalam khazanah Allah.

Hari ini jika kita tidak 'yakin' dengan perkara ini sebagaimana keyakinan para Sahabat, maka kita telah merendahkan martabat kita sebagai umat yang terbaik. Keyakinan yang tersasar daripada keyakinan para salafusoleh, akan melahirkan natijah yang berlainan daripada natijah yang telah dicapai oleh mereka. Kita masih membaca ayat yang menyatakan 'Kamu adalah umat yang terbaik', ayat tersebut juga tetap termaktub di dalam al-Quran; tetapi natijah yang kita perolehi begitu berlainan dengan penobatan kita sebagai 'umat yang terbaik'.

Kemuliaan juga hanya datang daripada Allah. Tamsilannya, jika kita ada akaun bank dengan Bank Islam, maka kita hanya boleh keluarkan wang kita daripada akaun Bank Islam. Walaupun kita gunakan saluran MEPS di ATM Maybank, wang kita tetap hanya boleh dikeluarkan daripada akaun Bank Islam kita. Itupun dengan syarat dalam akaun kita ada wang. Jika kita buka akaun Bank Islam tapi ingin keluarkan duit daripada akaun Bank Rakyat, sudah pasti kita akan kecewa. Begitulah juga keadaannya, apabila kita mencari kemuliaan daripada perkara selain yang ditetapkan oleh Allah, maka kita juga akan kecewa. Kemuliaan juga datang daripada khazanah Allah. Maka untuk 'withdraw' kemuliaan daripada khazanah Allah, juga perlu ikut peraturan yang telah ditetapkan.
Allah SWT menyatakan:
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَكْرُ أُولَئِكَ هُوَ يَبُورُ

"Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan) dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya) dan sebaliknya: Orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa." (Faatir 35: 10)

Imam Ibnu Kathir menyimpulkan, sesiapa yang ingin menjadi mulia baik di dunia mahupun akhirat, maka hendaklah dia melazimi taat kepada Allah Taala, maka sesungguhnya dia akan mencapai hasratnya itu, kerana Allah Taala ialah Penguasa Dunia dan Akhirat, dan milik-Nya segala kemuliaan. Jika kita mencari kemuliaan selain daripada Allah, maka pasti dan pasti kita akan kecewa....

Thursday, March 17, 2011

Menutupi keaiban sesama muslim

WAHAI muslimin dan muslimah! Sebahagian dari akhlak seorang islam yang sejati itu ialah pemalu dan menyimpankan segala rahsia dan cacat cela saudaranya. tidak suka menyebarkan berita-berita buruk, fitnah atau tuduhan palsu yang bukan-bukan di dalam kehidupan bermasyarakat. Ancaman itu adalah berupa keazaban dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat." (An-Nur:19)

Dari itu wahai muslimin dan muslimat, janganlah melepaskan lidahmu dalam menyebarkan berita-berita jahat dan tuduhan-tuduhan palsu di dalam masyarakat Islam kerana dosanya sangat besar disisi Allah. Ali bin Abi Thalib ra. pernah berkata:

"Yang membuat kejahatan dan orang yang menyebarkan beritanya, sama banyak dosanya."
(Riwayat Bukhari)

Seorang Muslim yang hidup dalam masyarakat Isalm, adalah penutup berita jahat dan tuduhan palsu. Dia pemalu dan tidak tergamak untuk membuat dosa dan noda. dia mempunyai akhlak yang mulia yang diperolehinya dari didikan Islam yang menghalanginya daripada melibatkan diri dari menggugat dan melukai kehormatan manusia. Dia memelihara lidahnya dari menyiarkan berita maksiat sama ada berita itu didengarnya dari orang lain atau dia melihatnya sendiri. Semuanya itu ditutup rapat-rapat kerana mengamalkan Hadis Rasulullah SAW:

"Tiap-tiap umatku dimaafkan kecuali yang berterang-terangan. Yang dimaksudkan dengan berterang-terangan adalah seorang lelaki yagn berbuat dosa pada waktu malam, padahal pada waktu pagi hari Allah telah menutup segala rahsianya, lalu dia berkata: 'Hai polan sesungguhnya aku telah berbuat begini dan begini,' padahal dia telah bermalam ditutup oleh Allah SWT dan dia sendiri mendedahkan rahsia Allah SWT."
(Muttafaq alaihi)

Sabdanya lagi:
"Tidak menutup seorang hamba akan seorang hamba didunia melainkan Allah SWT menutupnya di akhirat, (menutup rahsianya, menutup cacat celanya.)"
(HR. Muslim)

Wahai muslimin dan muslimat! Sesungguhnya mengubati dan merawat kelemahan kemanusiaan bukanlah dengan cara mengintip kesalahannya, cacat celanya, mendedahkannya atau mengisytiharkannya. sebaliknya hendaklah menerangkan kebenaran kepada pendengaran mereka dan membawa mereka supaya taat kepada Allah. Disamping itu pula menerangkan akibat buruk dari maksiat yang dilakukan. Semuanya itu hendaklah dilakukan dengan lemah-lembut, sebab hanya dengan lemah-lembut sahajalah dapat membuka hati yang tertutup. Oleh kerana itu, Islam melarang kita mencari-cari kesalahan orang lain.















Ibadah Sunat Pelengkap Ibadah Fardhu

IBADAT solat penentu keimanan seseorang dan sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan orang itu gugur keimanannya. Solat juga memisahkan antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran.Menjaga solat supaya diterima oleh Allah penting dan bagi tujuan itu, solat yang sempurna serta tidak ada cacat kurangnya menjadi keutamaan. Walau bagaimanapun, sebagai makhluk yang lemah, kita sentiasa terdedah dengan godaan syaitan.

Disebabkan itu, ada masanya solat kita tidak sebaik dan sempurna seperti diharapkan. Semuanya itu mencacatkan solat fardu yang dikerjakan dan sekali gus mengurangkan pahala. Namun, ada peluang untuk menampung kecacatan solat fardu dengan amalan solat sunat.

Solat sunat dapat membantu menutupi segala kekurangan mungkin wujud semasa mengerjakan solat fardu.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya amalan manusia yang mula-mula dihisab pada hari kiamat ialah solat mereka. Tuhan berfirman kepada para malaikat-Nya padahal Dia lebih mengetahui: Periksalah solat hamba-Ku!

Sempurnakan atau kurang? Jika solatnya sempurna catatkanlah sebagai sempurna, dan jika terdapat sesuatu kekurangan, Tuhan berfirman pula: Periksalah adakah hamba-Ku mempunyai amalan solat sunat? Jika dia mempunyai amalan solat sunat lalu Tuhan berfirman: Sempurnakanlah solat fardu hamba-Ku dengan solat sunatnya. Kemudian diperhitungkan amalan itu dengan cara demikian.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Selain orang yang mengerjakan solat sunat dapat menutupi segala kekurangan solat fardu, solat sunat juga menjadikan pelakunya ahli syurga.

Rabi’ah bin Malik al-Aslami berkata: “Aku pernah bermalam di rumah Rasulullah SAW. Ketika Baginda bangun, aku mengambil air wuduk untuk Baginda dan melayani apa yang Baginda perlukan. Selanjutnya Baginda bersabda kepadaku: Mintalah! Aku menjawab: Aku meminta supaya jika aku dapat menemani engkau di syurga kelak.

Baginda bertanya: Adakah permintaan selain dari itu? Aku menjawab: Cukup itu saja. Baginda lalu bersabda yang maksudnya: Bantulah aku bagi mencapai permintaanmu itu dengan memperbanyakkan sujud (solat sunat).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa’i)

Sesungguhnya amalan mengerjakan solat sunat banyak manfaatnya. Mereka yang melakukannya akan dicintai Allah SWT dan Dia akan meninggikan hamba-Nya itu satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan (dosa).

Ulama dan penulis terkenal Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni dalam bukunya Pesanan Untuk Orang Berdosa ada mencatatkan: “Ingatlah bahawa saranan atau jalan paling efektif untuk memelihara iman adalah ibadah sunat. Ingatlah bahawa tanda kebenaran seorang mukmin tersembunyi dalam ibadah sunatnya. Ingatlah bahawa sesungguhnya banyak bersujud, melaksanakan ibadah sunat dan membaca al-Quran adalah langkah untuk mempertahankan iman.”

sumber dari : [LINK=http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Amalansunatbolehtutupkekuranganibadatfardutingkatiman/Article]berita harian Online[/LINK]

Friday, March 11, 2011

Orang-orang yang didoakan oleh para malaikat


Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang -
orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" –QS Al Anbiyaa' 26-28.
Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW
bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa `Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu shalat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada
dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya `Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)

3. Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin `Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam
Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah
kekosongan di dalam shaf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf"
(hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib
wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan `Amin' ketika seorang Imam selesai
membaca Al Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca `ghairil maghdhuubi `alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian `aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satun diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, `Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106,
Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7. Orang - orang yang melakukan shalat subuh dan `asar secara berjama'ah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa
Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat subuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat `ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang
hari (hingga shalat `ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, `Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, `Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka
ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat
yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata `aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang - orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya
kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, `Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, `Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al
Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang menjenguk orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari `Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000
malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang
yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Maraji' :
Disarikan dari Buku Orang - orang yang Didoakan Malaikat, Syaikh Fadhl
Ilahi, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005
Oleh : Yovi Adrianto
 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates | Sponsored by Application Monitoring