Sunday, September 6, 2009

La Takhof wa La Tahzan.. Jangan Takut & Janganlah Sedih..

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami,
Tunjuki kami ke jalan-Mu yang lurus,
Dekatkan kami pada cinta-Mu, redha-Mu… Ya Allah
Ya Latif, ultufbina… Ya Allah.

(Wahai orang-orang yang beriman, janganlah engkau berasa takut & sedih. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar)

Jangan takut dan jangan sedih kerana Allah bersama kita.
Hidup memang tidak untuk larut dalam kesedihan yang berkepanjangan.
Hidup juga bukan media untuk memuja-muja kegembiraan.

source : http://nurjeehan.hadithuna.com/2009/09/la-takhof-wa-la-tahzan/ and

http://ahmadrusdi.multiply.com/


Saturday, September 5, 2009

Rintihan Rabiatul Adawiyyah

i first started to associating pious unmarried ladies with Rabiah's story when i was in Makkah -while talking to my roommate, Makcik Faridah about a 'friend' of mine - who's always spend her time in Masjidil Haram, trying her best to Khatam Al-Quran during her stay in Makkah & Madinah. I m not sure whether or not she made it, but i hope she did! Because i saw the determination in her eyes. A hope. She's parentless, i think she's 30+++, and she followed her friend's family to Makkah. Ok, let us back to the Makcik Faridah saying about this kakak (at Mekah): "Makcik nengok dia..teringat cerita Rabiatul Adawiyah". I smiled, nodded and said my agreement. And, now i would like to feature "rintahan Rabiatul Adawiyah" in my blog, for us to ponder.. For us to take some points, to strengthen our love for Allah..


Rintihan Rabiatul Adawiyah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:


“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rintihan Rabiatul Adawiyah memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin! - Haluan

source: http://estiesai.madpage.com

Lastly, i'd say: Kecintaan kita, mungkin tak sehebat Rabiatul Adawiyyah.tetapi berusahalah ke arah bersama memurnikan "rasa" itu.. :)
Wallahua'lam..

ustaz kata... (tentang hati)

Untuk ketenangan jiwa yang kusut:
  1. Bacalah Al-Quran.
  2. Dengarlah Al-Quran.
  3. Hadiri majlis-majlis ilmu, ceramah (dan yg sewaktu dengannya..)
Jika kaedah-kaedah di atas tak berjaya..
  • Berdoalah kepada Allah, gantikan hati yang ada sekarang dengan hati yang baru kerana hati yang ada itu, sudah rosak dengan teruk..
my comment: Rasa pernah dengar nasihat sebegini, it might sound a little ridiculous sbb "tukar hati". But, with my limited knowledge, my translation of "tukar hati" sebagai satu perkara yang batiniah, yang mana kita memohon Allah menukarkan hati yang telah rosak ini dengan hati baru yang bersih & tenang, yang sentiasa mengingatNya dalam setiap waktu, yang redha dengan ketentuanNya, Sabar dengan ujianNya, dan mensyukuri nikmatNya. And, once again according to my limited knowledge, those are the keys for us to live happily - ever after!

Lagi, according to ustaz ku..:
  • Hati diciptakan oleh Allah untuk mencintaiNya.
  • Sekiranya hati itu tidak mencintai Allah, hati itu akan sakit..
Ustaz juga mengingatkan pada ayat 28, Surah Ar-Raad:
  • Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...
That's all I can share in this entry, tentang hati..

Ustaz itu ialah: Ustaz Ismail Kamus, dalam ceramah Ramadhannya di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Selalu ada pertolongan Allah


Oleh : Bening
Sumber :At-Tadzkir.org
Taqwa itu ada di sini. Itu sabda Nabi SAW dalam hadits riwayat Muslim, dimana beliau bersabda sambil menunjukkan dadanya. Hal ini juga didukung oleh firman Allah SWT “ Dan barang siapa mengagungkan syiar Allah SWT, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.”

Islam itu bersifat lahir dan iman itu ada di dalam hati. Allah SWT memerintahkan para hambaNya untuk menegakkan syariat Islam dalam lahir mereka dan hakikat iman dalam batin mereka. Islam tidak akan bermanfaat kecuali jika diikuti oleh keimanan batin, sebaliknya setiap hakikat batin tidak ada gunanya tanpa melaksanakan syariat Islam. Solat, puasa dan zakat tanpa didasari keimanan terhadap Allah tidak ada bezanya dengan orang yang beragama bukan Islam. Sebaliknya, yakin saja terhadap Allah tetapi tidak pernah mahu melaksanakan solat, puasa dan zakat tidak boleh dikatakan beriman…

Seiring dengan perjalanan hidup seseorang, terpaan ujian dari Allah membuat sebuah ketaqwaan menipis bahkan terkikis habis oleh masalah keduniawian. Banyak sekali orang yang telah bersyahadat “ Laa illa haa Illaalah “ meletakkan syahadatnya kerana keinginan perut yang menuntut diisi dan ia berbalik menghujat Allah. Atau nafsu memiliki kedudukan membuat seseorang meninggalkan solatnya beralih ke dukun untuk meminta pertolongan atas hajatnya.

Siapa sesungguhnya yang kuasa atas segala sesuatu?
Sakit saja kita pergi ke doktor,percaya pada doktor bahwa dengan berubat kita dapat segera mendapatkan ubat untuk kesembuhan kita. Tapi mengapa ketika kita ditimpa permasalahan kita tidak datang langsung pada Allah? Dia yang menghendaki segala sesuatu terjadi atas kita, jika ada yang terjadi terasa menindih kita, bahkan kita merasa tidak mampu mencari jalan keluarnya.. Mengapa bukan Allah pihak pertama yang mendengarkan segala keluh kesah dan masalah kita? Ini bererti rasa percaya kita pada Allah tidak sebesar rasa percaya kita pada seorang doktor. Lantas benarkah hal ini untuk seorang yang mengaku Islam dan beriman?

Cubaan hidup memang terus akan membawa kita pada jurang kekufuran, kecuali jika kita terus berpegang teguh pada tali Allah. Ikhtiar yang tidak sedikit terkadang tetap kalah dengan hasil yang tidak sesuai dengan keinginan manusia, membuat yang haram menjadi halal, yang putih jadi hitam dan pada akhirnya lunturlah ketaqwaan yang pernah ada dalam hati, naudzubillah..

Allah Ya Fatah.. Allah Ya Rahman
Seburuk apa kejadian yang menimpa kita, sesulit apa persoalan yang membelit kita..
Akan ‘selalu’ ada pertolongan Allah, bagi orang-orang yang percaya pada kuasa Allah, tidak pernah putus asa dan terus berikhtiar mencari jalan keluar, terus bertaqwa di jalanNya.

Keep Iman & Taqwa
 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates | Sponsored by Application Monitoring