Tuesday, July 20, 2010

Perkara Yang Boleh Memberi Hiburan & Kelapangan

Perkara terpenting dalam hidup ialah menentukan matlamat kita adalah matlamat Ilahi. Matlamat Ilahi mendatangkan kepuasan  kepada diri kita sendiri.

Hadis Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:

“Tanda-tanda kelazatan iman ialah Allah dan Rasul yang paling dikasihi”.

Mendapat keredhaan Allah Subhanahuwata’ala adalah matlamat sebenar seseorang hamba.

Manakala faktor-faktor yang memberikan hiburan dan kelapangan dalam hidup kita ialah:

1.Iman. 

Cahaya iman melapangkan dada. Tanpa iman bererti seseorang berada dalam kegelapan. Malah itulah kegelapan hakiki. Sekiranya kita berada dalam kegelapan maka kita akan merasa susah, derita dan sempit dalam hidup. Seandainya kita hidup dalam cahaya iman, maka kita akan merasa lapang dan tenang.

2.Ilmu. 

Ilmu akan melapangkan dada kita. Kejahilan mewarisi kesempitan jiwa. Kejahilan juga akan menyebabkan kita merasa terpenjara dan terbelenggu. Dengan bertambahnya ilmu seorang hamba akan lebih senang.

Ilmu pula bukanlah sebarang ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang diwarisi daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Ilmu yang berfae dah. Orang yang memiliki ilmu ini adalah orang yang paling tenang hatinya, paling baik akhlaknya dan paling bahagia hidupnya.

3.Muraqabah.

Muraqabah kepada Allah Subhanahuwata’ala ialah menumpukan sepenuh hati kepada Allah Subhanahuwata’ala. Seseorang akan merasai nikmat dengan beriba dah kepada-Nya semata-mata. Kalau seseorang itu terikat dengan yang lain dalam ibadahnya, maka dia akan merasa lemah dan sempit. 

Muraqabah kepada Allah Subhanahuwata’ala mencetuskan rasa cinta atau kasih seseorang kepada-Nya. Dengan bertambahnya kasih kita kepada Allah Subhanahuwata’ala, kita akan merasa bertambah tenang. Sebaliknya, kita akan merasa sempit melihat orang yang tidak kasih kepada Allah Subhanahuwata’ala, serta merasa lemas melihat orang yang melanggar perintah Allah Subhanahuwata’ala.

Oleh itu apabila hati kita merasa aman melihat perbuatan yang tidak baik maka cepat-cepatlah berjumpa sahabat untuk ditarbiyah sebelum hati itu keras.

Ibn Qayyim pernah berkata, “Orang yang cinta kepada Allah meman dang orang yang melanggar perintah Allah seperti memandang sam pah. Matanya sakit melihat perbuatan tersebut.”

Dalam satu sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menerangkan bahawa diantara sifat orang yang merasai kemanisan iman ialah, “...Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka”.

Benci yang dimaksudkan di sini ialah benci kepada perbuatan mungkar dan berusaha pula menarik seseorang ke jalan yang benar sebagai hamba Allah semata-mata. 

Orang yang kasihkan selain daripada Allah, akan diazab oleh Allah dengan benda yang dikasihinya. Benda itu akan mengurungkan hati nya dan bumi ini akan menyusahkannya.       

4.Ihsan. 

Ihsan juga adalah sifat yang boleh memberi ketenangan kepada hati. Ihsan kepada makhluk memberi manfaat kepada makhluk disamp ing diri sendiri. Oleh itu berikanlah ihsan kepada makhluk, kepada binatang, hatta kepada orang kafir. 

Orang yang pemurah dan ihsan adalah orang yang paling lapang jiwanya dan paling baik perasaannya. Hatinya merasai nikmat. 

Sebaliknya, orang yang bakhil dan tiada ihsan  adalah orang yang paling sempit jiwanya dan susah hidupnya. Walaupun kelihatan mewah tetapi perasaannya susah. Allah menyempitkan jiwanya.

5.Berani 

Orang yang berani akan  lapang dada dan tenang. Berani di sini bukanlah berani membuta tuli dan tiada pimpinan. Bahkan berani di sini ialah berani sebagai seorang beriman. Berani memperjuangkan hak. Berani kerana Allah Subhanahuwata’ala semata-mata. 

Dengan berani sebegini, maka hati tidak takut kepada sesiapa. Justeru itu hati rasa luas dan lapang. 

Pengecut pula menyebabkan dada menjadi paling sempit, hilang kelazatan dan hati terkurung sepertimana terkurungnya binatang. 

6.Keluar daripada saki baki hati yang keji seperti sifat hasad dengki.

Sifat-sifat keji akan mengazabkan hati kita. Orang yang memiliki sifat-sifat keji tidak akan mendapat habuan merasai terhibur. 

7.Menjaga mata.

Menjaga mata bermakna tidak melihat perkara-perkara maksiat atau perkara-perkara yang  tidak perlu kita lihat. 

8.Menjaga lidah.

Meninggalkan percakapan keji dan perkara yang tidak perlu dica kap. Bahaya percakapan sangatlah banyak. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ada menjelaskan (yang bermahfum), “Kalau kamu tidak banyak bercakap, maka kamu akan nampak apa yang aku nampak”. 

9.Menjaga telinga.  

Memelihara telinga daripada mendengar perkara-perkara yang tidak sepatutnya didengar. Kalau tidak perkara-perkara yang didengarkan itu akan menyemakkan hati. 

10.Menjaga pergaulan.

11.Meninggalkan pergaulan yang tidak berfaedah. 

12.Tidak makan berlebihan dan meninggalkan makanan yang tidak berfaedah. 

13.Meninggalkan tidur supaya tidak melebihi daripada sepatutnya. 


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sebagai contoh

Rasulullahlah Sallallahu’alaihiwasallam adalah ikutan kita dalam mendapatkan hiburan dan kelapangan hidup. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam makhluk terbaik yang memiliki faktor-faktor yang memberi hiburan dan kelapangan kepada jiwa. Oleh itu makhluk yang paling baik, terhibur dan terlapang ialah makhluk yang paling banyak mengikut Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Kemuncak kesenangan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ialah dengan mendapatkan kesenangan dada dan pemeliharaan Allah Subhanahuwata’ala. Begitulah juga para pengikut baginda akan turut mendapat bahagian kesenangan dan pemeliharaan Allah Subhanahuwata’ala Allah Subhanahuwata’ala akan menjaga, mempertahan kan, memuliakan, memperkuatkan dan menolong para pengikut setakat mana mereka mengikut Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. 

Sesiapa yang mendapat kebaikan, hendaklah dia memuji Allah Subhanahuwata’ala. Sebaliknya kalau dia mendapat yang tidak baik, maka janganlah dia mencaci Allah Subhanahuwata’ala. Bahkan persalahkanlah diri sendiri.  Mungkin pada dirinya terdapat sifat pengecut, bakhil, menentang Allah, lalai berzikir kepada Allah, jahil dengan Allah, jahil dengan nama dan sifat Allah Subhanahuwata’ala atau bergantung kepada selain daripa da Allah Subhanahuwata’ala. Sesungguhnya sesiapa yang bersifat sedemikian diharamkan jiwanya daripada merasa bahagia. 


Roh atau hati yang merasai bahagia

Yang merasai bahagia ialah roh atau hati. Kalau kita abaikan faktor-faktor tadi, maka hati akan menderita. Hakikatnya bukanlah telinga, mata atau anggota zahir yang merasai tetapi hati. Hibu ran hati lebih sedap dan puas daripada hiburan zahir.

Nikmat hati yang kita terima bukanlah terhenti di dunia sahaja, bahkan berterusan hingga ke alam Barzakh. Alam Barzakh akan menjadi taman syurga dan menghiburkan. Sebaliknya hati yang sempit di dunia akan terus terazab di alam Barzakh. 

Dengan nikmat hati, orang yang berjuang di jalan Allah Subhanahuwata’ala tidak akan merasa penat lantaran dia merasai kelazatan.

Oleh: Abu Muhammad
Ulasan berdasarkan kitab Zaadul Ma’ad (Ibnul Qaiyim)

No comments:

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates | Sponsored by Application Monitoring